
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara tahunan untuk mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
Sukan Malaysia 2024 juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-21 (XXI) merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Sarawak. Ini merupakan kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA), sejak kali pertama pada 1990 dan kali kedua pada 2016, dan selepas Sarawak tahun 2024, pada tahun 2026 ialah giliran Majlis Sukan Negara (MSN), dan Kelantan mendapat giliran pada tahun 2028, untuk menambah masa bagi persiapan Sukan Malaysia.
[ Klik Di Sini ]
Sukan Malaysia 2022, juga dikenali sebagai Sukan Malaysia ke-20 merupakan sebuah temasya sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 16 hingga 24 September. Pada awalnya temasya ini dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2020 dan dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 dengan Johor sebagai tuan rumah, namun telah ditangguhkan kepada 6 hingga 14 Mac 2021 akibat Pandemik COVID-19. Temasya ini seterusnya ditangguhkan lagi kepada 16 hingga 24 September 2022 dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah dan dinamakan sebagai Sukan Malaysia 2022
[ Klik Di Sini ]